1. Walaupun tidak mempunyai kerja yang bagus, tapi ada anak yang comel2 itu juga rezeki.
2. Walaupun tidak mampu travel jauh2 dengan kawan ketika bujang, tapi ada suami/isteri teman hidup susah senang bersama itu juga rezeki.
3. Walaupun tidak mempunyai bisnes sendiri dan gaji yang besar tapi di kurniakan kesihatan yang baik itu juga rezeki.
4. Walaupun pelajaran tak berapa pandai tapi mempunyai bisnes kecil-kecilan dan mampu membayar bulanan kereta juga di kira rezeki.
5. Walaupun tidak mampu nak check in hotel mahal tetapi mempunyai rumah sendiri daripada orang lain mampu check in hotel mahal2 tapi belum membeli rumah itu juga rezeki.
6. Walaupun anda mempunyai semua yang orang lain tak ada. Percayalah ada beberapa perkara yang orang lain miliki tapi anda tak miliki.
.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
.
Rezeki ini datang dalam pelbagai cara, jangan sesekali tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH bagi. Cuma kaedah rezeki yg diberikan itu tidak sama dan bukan serentak.
In sha ALLAH. Yakin dengan ALLAH.

Comments
Post a Comment