Untuk memperkenalkan diri anda dihadapan penemuduga, anda boleh ikuti 5 tips yang dikongsikan ini seperti :
1. Nyatakan Nama, Umur, Status Diri
Untuk pertama sekali, sebutkan nama penuh anda serta nama panggilan, umur dan status diri anda. Status ini ialah sama ada anda masih bujang atau sudah berkahwin.
2. Latar Belakang Pendidikan
Pada bahagian ini, ceritakan dimana anda belajar. Tetapi ingat, jangan pula anda ceritakan tempat anda sambung belajar dari zaman tadika pula. Ringkaskan dengan pendidikan menengah dan pendidikan terakhir anda. Sebutkan nama institusi, tahun bergraduan dan jenis kelulusan.
3. Pengalaman Kerja
Mengapa perlu ceritakan serba sedikit tentang pengalaman kerja anda? Ini kerana jawapan anda berkaitan pengalaman kerja ini terdapat 3 faktor utama untuk menarik perhatian majikan seperti :
Jadi, pastikan pengalaman anda sepadan dengan jawatan yang dipohon agar ia memenuhi kehendak majikan kerana mereka mempunyai sebab-sebab tertentu untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.
4. Pencapaian Yang Diperoleh
Jika anda pernah terlibat dengan projek yang diberikan oleh majikan sebelum ini walaupun tugasan yang anda lakukan adalah sekecil-kecil tugas, sila ceritakan serba ringkas kepada penemuduga.
Tidak pernah terlibat dengan sebarang projek besar dalam syarikat? Jika tiada, ceritakan tugasan harian yang paling penting dan paling utama anda lakukan sehingga membantu kelancaran syarikat.
5. Kelebihan Diri Yang Bersesuaian Dengan Jawatan Yang Dipohon
Pada bahagian ini, cakap dengan yakin bahawa anda adalah seorang yang boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan oleh majikan anda. Tetapi tidak perlu over confident dan melebih-lebih sehingga merosakkan pandangan penemuduga kepada anda.


Comments
Post a Comment